About Me

My photo
boy+christian+melanau+chinesespeaking+harmonicablowing+stargazing+basketballplaying+laughinglikeidiot+crazyjoker+asswhooper+shikamaru+clawmachinemaniac+petlover+BillyMulanCloverCloudyCandy'sOwner+malaysiamaritimeacademy+bungamelatidua+bungabidara+bungaserojadua+bungapelangidua+bungaterasek+bungamas10+marinesuperintendent+estherfrancisswee's

Saturday, May 18, 2013

Mestikah pengakhirannya sebegini? eewSsicnarFrehtsE

Di manakah silap tutur kataku?
Di manakah salah perbuatanku?
Sehingga aku diperlakukan sebegini,
Sehingga aku menghina diri...

Aku dikejutkan dengan berita itu,
Kau bakal dijodohkan kepada aku,
Mula2, aku meronta ingkar,
kemudiannya aku....aku jatuh cinta.

Semenjak bermula persahabatan kita,
ternyata memang kau wanita yang berbeza,
Kau sorokkan berita itu,
bahawa kau bakal isteriku.

Bergolak sudah pemikiran aku,
Goyah sudah pendirian aku,
Tak pernah kusangka jodohku begini,
Sebegitu sempurna hati,budi pekerti.

Kau penuhi segala permintaan hatiku,
Namun otakku mula bercelaru,
Ku takut kau akan berpaling dariku,
Aku tegar mahu memiliki dirimu.

Hari kepada malam, Minggu kepada bulan,
Ternyata berputik sudah sebuah hubungan,
Tetapi aku, rakus maju ke hadapan,
memaksa dirimu membuat keputusan.

Kau kuncikan sebuah jawapan,
Belajar dahulu, cinta kemudian,
Aku buta dengan jawapanmu itu,
Aku memaksamu mencintai diriku.

Ternyata aku melulu di situ,
Kau mula menghindari aku,
Hilang sudah sebuah cinta,
Masing2 mula berburuk sangka.

Aku terus cuba menebus diri,
Hadiah? Wang? sanggup ku beri,
Namun kau bukan wanita begitu,
Kau tak putus hampakan usahaku.

Kini penyakit menghantui diriku,
tetapi wajahmu masih di igauanku,
Semakinku berkali melawan ajal,
Semakinku rindukan kita sewaktu awal.

Tidakku jadikan sakitku sebagai alasan,
Untuk membuatmu penuh sesalan,
Ku masih mengharapkan cinta darimu,
Bukan ehsan, simpati dan syahdu.

Tidak pernah aku sebegini,
menagih cinta dan mencaci diri,
sebegitu pentingnya dirimu padaku,
walaupun kau terus dingin terhadapku,

Aku masih tidak mengalah,
Walau nafasku sudah bercampur darah,
Aku yakin "kita" akan berlaku,
kerana ku tahu kau sayang diriku.

Kau sering memuji nilai2 yang kumiliki,
yang setiakan agama dan mengagungkan cinta suci,
Tetapi apakah lagi yang kau ingini?
Mestikah pengakhirannya sebegini?

1 comment:

  1. Touche.
    I am so touch.
    Well done eugene. This is meaningful and beautiful.

    Pedihnya hati bila dia terus dinginkan diri. Pedihnya hati bila pengakhirannya begini.

    God is watching you. God always hear you. Only god knows. Believe in Him and His plan :)

    ReplyDelete